BM | EN | 中文

Sehingga semalam, 46 kes Covid-19 di Johor libat kanak-kanak bawah 12 tahun

kanak-kanak-covid-19.png

Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU, 18 MEI: Sehingga semalam (17 Mei), negeri Johor mencatatkan 46 kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata daripada jumlah itu tujuh kes melibatkan kanak-kanak berusia satu tahun ke bawah.

“Daripada jumlah itu, 31 kes telah sembuh. Atas sebab itu, saya merayu kepada semua supaya hindari dari membawa anak-anak anda ke luar rumah tanpa sebab yang penting seperti pergi ke tempat-tempat tumpuan awam.

“Sebaliknya, terus kekal di berada rumah,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga 17 Mei, jumlah kumulatif kes positif di Johor kekal 668 kes dan daripada jumlah itu, 129 kes adalah kes aktif.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) turut memaklumkan tiada kes baharu di Johor, semalam.

[VIDEO] Rupanya Kita Boleh Periksa Duit Dalam Akaun-akaun Lama Melalui eGUMIS

Dalam pada itu, tiada kes kematian direkodkan sehingga semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 19 orang.

Manakala sehingga 17 Mei, jumlah kes kumulatif sembuh di Johor adalah sebanyak 520 kes.

“Diharapkan statistik kes sembuh dan discaj akan terus meningkat pada hari-hari berikutnya,” kata Vidyananthan lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top