BM | EN | 中文

Sehingga Mei 2020, daerah Johor Bahru tertinggi kes denggi

denggi-johor-2.png

Grafik Ehsan Jabatan Kesihatan Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 23 MEI: Statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor menunjukkan trend peningkatan kes denggi yang amat ketara sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Dari 3,768 kes yang dilaporkan sehingga minggu keempat Mei 2020 di seluruh negeri Johor, daerah Johor Bahru mencatat jumlah kes yang tertinggi iaitu sebanyak 3,038 kes.

Grafik Ehsan Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, orang ramai perlu mengambil kesempatan menjelang Aidilfitri ini untuk melakukan pembersihan di dalam dan di persekitaran rumah masing-masing.

“Masyarakat juga digalakkan untuk tidak menyimpan barang-barang yang tidak digunakan seperti mesin basuh rosak, tayar, tong-tong cat dan sebagainya supaya bekas-bekas ini tidak menjadi tempat pembiakan jentik-jentik Aedes,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengikuti berita dan isu-isu semasa di Johor

Dalam pada itu orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan dari gigitan nyamuk Aedes dengan memakai atau menggunakan repelan nyamuk serta membunuh nyamuk dewasa dengan menggunakan aerosol racun serangga di kawasan persembunyian nyamuk dewasa.

“Gotong-royong sekeluarga hendaklah dilakukan seminggu sekali,” nasihat Vidyananthan.

Tambahnya penduduk Johor digalakkan mengikuti perkembangan situasi denggi melalui laman sesawang KKM atau Facebook Info Denggi Negeri Johor, I-dengue dan lain-lain sumber info untuk mengetahui kawasan wabak denggi supaya langkah-langkah kawalan dapat dilaksanakan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top