BM | EN | 中文

Sehingga malam tadi 1,456 individu dikuarantin di 22 pusat di Johor

covid-19.jpg

Gambar Hiasan:: Petugas Kesihatan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 APR: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, setakat jam 8 malam tadi, seramai 1,456 individu dikuarantin di 22 pusat kuarantin Covid-19 di negeri ini.

Melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri Johor, dimaklumkan daripada 1,456 penghuni tersebut, 1,402 dari kategori Individu Dalam Pemerhatian (PUS), manakala 54 individu lagi diletakkan dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PIS).

“Pecahan daripada jumlah keseluruhan 1,456 penghuni pusat kuarantin sebanyak 1,161 terdiri daripada orang awam termasuk pekerja Malaysia di Singapura, 150 adalah kumpulan tabligh dan 145 pelajar yang pulang dari Indonesia,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ni.

Advertisement

Berikut merupakan stesen-stesen kuarantin dengan jumlah penghuni terkini.

Akademi Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Selatan, Johor Bahru (46)
Pusat Kegiatan Guru, Kulai (14)
Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi (28)
Pusat Latihan JAKOA, Kluang (8)
Kompleks Rakan Muda, Sukan Air dan Udara (62)
Hotel Seri Malaysia,Mersing (8)
Pangsapuri Awam Perwira, Kg. Pt. Sempadan Laut, Parit Raja, Batu Pahat (23)
Kolej Vokasional Tanjung Piai, Pontian (56)
Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat (40)
Pusat Kegiatan Kemas Sagil, Tangkak (4)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mahalah, Pagoh, Muar (189)
DoubleTree by Hilton, Johor Bahru (263)
Swiss Inn Hotel, Johor Bahru (138)
Crystal Crown Hotel, Johor Bahru (175)
GoodHope Hotel, Johor Bahru (150)
New York Hotel, Johor Bahru (147)
V8 Hotel Skudai, Johor Bahru (105)

Tambahnya, sebanyak 80 stesen kuarantin di negeri Johor telah diwartakan oleh kerajaan.

Advertisement

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 stesen kuarantin telah diaktifkan dengan jumlah kapasiti seramai 3,296. Setakat ini seramai 1,456 orang ditempatkan di 22 stesen terbabit,” katanya.

Vidyananthan turut mengingatkan orang ramai untuk mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan terus berada di rumah serta menjaga kesihatan diri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top