BM | EN | 中文

Sehingga kini 23 kes coronavirus dilaporkan

IMG-20200126-WA0015.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Sehingga hari ini, sebanyak 23 kes pesakit kumulatifn dibawah pengawasan jangkitan (PUI) Novel Coronavirus (2019-nCoV) dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada 23 kes tersebut 14 daripadanya adalah warganegara Malaysia, lapan warganegara China dan satu warganegara Jordan.

“Daripada jumlah 23 kes PUI ini, terdapat hanya satu kes yang positif 2019-nCoV iaitu seorang lelaki warganegara China berusia 40 tahun.

Advertisement

“Sementara itu, 18 kes PUI adalah negatif, iaitu 12 warganegara Malaysia, lima warganegara China dan seorang warganegara Jordan dan telah discaj daripada hospital.

“Manakala, empat lagi kes PUI ini iaiyu dua warganegara Malaysia dan dua warganegara China yang diletakkan dalam isolasi di beberapa buah hospital, keputusan makmal mereka akan diketahui dalam masa terdekat,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, daripada lapan orang warganegara China yang merupakan  kontak langsung dengan kes positif 2019-nCoV pertama di Singapura, didapati tiga daripadanya adalah positif iaitu seorang wanita berusia 65 tahun dan dua orang kanak-kanak lelaki berusia dua dan 11 tahun, manakala lima kes negatif telah pun dihantar pulang ke China.

Advertisement

Sementara itu, 17 orang kontak rapat kes positif keempat diletakkan dibawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan keatas mereka.

“Kesemua empat kes positif dalam keadaan stabil dan sedang dipantau di dalam wad isolasi di hospital-hospital KKM yang telah dikenalpasti sebagai hospital rujukan bagi 2019-nCoV,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, KKM akan terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit Novel Coronavirus.

Advertisement

Kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes.

Ia akan dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top