BM | EN | 中文

Sehingga Jun 2020, dua daripada 55 kertas siasatan SKMM dari Johor

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUN: Bermula dari Januari 2020 hingga 7 Jun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 55 kertas siasatan yang berkaitan dengan kandungan yang bersifat palsu dan jelik.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dalam kemaskini situasi semasa kes COVID-19 Johor, hari ini.

Daripada jumlah itu katanya, dua daripada kertas siasatan tersebut adalah daripada negeri Johor.

Advertisement

Menurut beliau enam daripada suspek telah pun didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Beliau berkata sekiranya ragu mengenai kesahihan sesuatu berita dan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan penyebaran berita atau kandungan palsu di Malaysia, semua pihak adalah dinasihati untuk melayari portal Sebenarnya.my.

Orang ramai juga boleh menyertai saluran telegram Sebenarnya.my di pautan https://t.me/sebenarnyamy .

Advertisement

“Maklumat mengenai penularan berita yang belum ditentukan kesahihannya mengenai COVID-19 boleh turut disalurkan melalui ruangan ‘Salur kepada Kami’ iaitu https://sebenarnya.my/salur/ di portal atau melalui aplikasi Sebenarnya.my.

“Usaha menangani berita palsu adalah tanggungjawab bersama. SKMM menasihati orang awam agar tidak menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya bagi mengelakkan kekeliruan.

“SKMM akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan dalam mengawal penularan berita palsu demi kesejahteraan bersama,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top