BM | EN | 中文

SEHINGGA JAM 5 PETANG INI, MANGSA BANJIR JOHOR 5,592 ORANG

banjir-johor-5pm-15dec.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Jumlah mangsa banjir di Johor mengalami peningkatan mendadak kepada 5,592 orang sehingga jam 5 petang ini berbanding 3,835 orang pada jam 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Bilik Gerakan Bencana Negeri, sembilan daerah di negeri Johor terjejas akibat banjir iaitu Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing.

Sebanyak 1,549 buah keluarga ditempatkan di 63 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di seluruh Johor.

Advertisement

Kluang mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,296 orang, Kota Tinggi (1,257 orang), Mersing 1,282 orang), Johor Bahru (550 orang), Kulai (90 orang), Pontian (109 orang), Batu Pahat (38 orang), Muar (25 orang) dan Segamat 945 orang).

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengekalkan amaran cuaca bahaya (merah) di daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran cuaca buruk (Jingga) dikeluarkan untuk daerah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, serta amaran waspada di Tangkak.

Advertisement

Antara jalan yang ditutup untuk semua kenderaan di Kota Tinggi ialah diantara Jalan Ladang Pasir Logok-Ladang Bukit Kelompok, Ladang Bukit Payong dan Jalan Kg Mawai Lama.

Manakala jalan yang dibuka untuk kenderaan berat di Kota Tinggi ialah Jalan Mawai-Bukit Samsu, Jalan Mawai-Sedili, Selekoh Batu 19 Jalan Utama Kota Tinggi dan Batu 17 dan Batu 18.

Hanya satu jalan yang dibuka dengan satu laluan di Kota Tinggi iaitu di KM 10 Jalan Perani-Lok Heng .

Advertisement

Di daerah Mersing, terdapat laluan terjejas iaitu di Jalan Telok Ariong akibat tanah runtuh, namun dibuka untuk satu laluan dan hanya untuk kenderaan ringan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top