BM | EN | 中文

Sehingga Ahad pagi, mangsa banjir di Johor 77 orang

Jumlah-mangsa-banjir-di-Johor-Melaka-terus-menurun.jpg

JOHOR BAHRU, 16 JAN: Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat kekal 77 orang daripada 24 keluarga pada pagi Ahad.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, setakat jam 8 pagi, tiga PPS masih beroperasi di daerah itu dengan dua daripadanya menempatkan mangsa.

“PPS Sekolah Agama Gemereh menempatkan 74 orang daripada 22 keluarga manakala tiga orang daripada dua keluarga berada di Balairaya Gemereh, Batu Badak.

“PPS Dewan Serbaguna Jalan Genuang pula sebagai persediaan bagi perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Vidyananthan turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat supaya berjaga-jaga memandangkan sungai tersebut berada pada tahap waspada.

Beliau berkata, cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini.

Bernama

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top