BM | EN | 中文

Sehingga 5 Nov, sebanyak 59 kes aktif Covid-19 di Johor

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 NOV: Sehingga 5 November, sebanyak 59 kes COVID-19 yang aktif di Johor yang telah pun diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan dalam kenyataan hari ini berkata, terdapat dua kes baharu semalam yang dilaporkan bagi negeri Johor dengan satu kes dikesan dari kes SARI dan satu kes dikesan hasil saringan kontak rapat.

“Ini menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 921 kes dengan 21 kematian.

Advertisement

“Sebanyak 841 kes telah pulih dengan 91.3 peratus dari jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau menambah, tiada pertambahan kes bagi kluster aktif.

Sehingga semalam jumlah kluster aktif di negeri Johor kekal sebanyak 4 iaitu Kluster Meldrum (7 kes). Kluster Bayu (kes). Kluster Kempas (54 kes) dan Kluster Rinting (10 kes).

Advertisement

Dalam pada itu, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru yang terlibat dengan Kluster Kempas, sehingga 5 Nov kumulatif kes positif bagi kluster ini adalah kekal sebanyak 54 kes

“Jumlah penghuni di dalam ILKKMJB yang disaring setakat ini adalah sebanyak 1291 manakala terdapat 512 orang di luar ILKKMJB yang telah disaring.

“Jabatan Kesihatan sedang giat meneruskan aktiviti survelans sedia ada juga aktiviti saringan kontak kluster-kluster sedia ada.

Advertisement

“Justeru dijangkakan bahawa peningkatan kes dalam masa terdekat ini akan terus berlaku hasil daripada aktiviti ini.

“Diharapkan semua pihak dapat bertenang dan tidak menimbulkan panik di kalangan umum dengan menyebarkan maklumat-maklumat yang kurang tepat,” katanya.

Vidyanathan turut meminta orang ramai memberi ruang kepada jabatan berkaitan untuk melakukan tugas mereka tanpa halangan, agar tidak menyukarkan mereka di dalam melakukan tugas dengan berkesan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top