BM | EN | 中文

Sehingga 29 Mei, seramai 17,588 pengembara dikuarantin di Johor

Vidyananthan-Ramanadhan-Kahang.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 MEI: Sehingga 29 Mei 2020, seramai 17,588 pengembara telah dikuarantin di negeri Johor, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya, buat masa ini, tiada rekod kes pelanggaran atau ingkar kuarantin berlaku di negeri ini.

Pengembara ditakrif sebagai sesiapa sahaja yang pulang dari luar negara ke negara ini, termasuk pelancong, pelajar dan pekerja Malaysia yang pulang dari luar negara dan masuk melalui pintu-pintu antarabangsa di Johor.

Advertisement

Sehingga kini katanya, sebanyak 221 stesen kuarantin di negeri Johor telah diwartakan dan daripada jumlah itu, 57 stesen kuarantin telah diaktifkan.

“Walaubagaimanapun hanya 32 stesen kuarantin yang beroperasi sehingga 29 Mei 2020

“Setiap orang yang dikuarantin diberikan perintah isolasi atau perintah pengawasan dan pemerhatian dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya, kegagalan mematuhi perintah, sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi kesalahan pertama, boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top