BM | EN | 中文

Segerakan program vaksinasi Covid-19 – Kit Siang

lim-kit-siang-covid-19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Pasukan Tindakan Imunisasi Covid-19 Malaysia (CITF) perlu bersidang dan mempertimbangkan cara mempercepat pelaksanaan program vaksinasi kebangsaan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berpendapat bahawa hal ini penting bagi supaya negara kita dapat mula pulih sepenuhnya dalam tahun 2021.

“Cadangan daripada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh, supaya diwujudkan satu program vaksinasi yang berjalan selari dan serentak dengan program vaksinasi kerajaan patut diberikan pertimbangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Terdahulu, Roketkini melaporlkan, Kit Siang sebagai berkata, kerajaan Malaysia diseru agar turut sama mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi Covid-19.

Beliau merujuk langkah dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mengumumkan pemecutan pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 di Amerika Syarikat.

Selain itu bekalan vaksin dijanjikan mencukupi untuk “semua orang dewasa di Amerika menjelang penghujung bulan Mei”, berbanding dengan sasaran menjelang bulan Julai sebelum ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top