BM | EN | 中文

Segerakan penggubalan akta anti lompat parti – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 13 APR: Akta anti lompat parti harus diluluskan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 demi mengelakkan kejadian lompat parti di kalangan wakil rakyat.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata akta itu akan menyebabkan kerusi terlibat dapat dikosongkan dan pilihan raya kecil akan diadakan dan wakil rakyat yang melompat parti akan kehilangan “nilai kegunaan politik”nya secara serta-merta.

“Ini merupakan kaedah yang paling berkesan untuk mencegah lompat parti akibat rasuah jawatan agar mandat dan hak pengundi dapat dipertahankan,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Justeru itu katanya, perkara penting yang perlu disegerakan jika parlimen dibuka semula adalah meluluskan akta anti lompat parti dengan sokongan daripada barisan pemerintah dan pembangkang.

Katanya persefahaman itu telah dicapai dalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun pada tahun tersebut.

Tambah Chong Sin, perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin sendiri telah memberi jaminan bahawa, pilihan raya umum akan diadakan secepat mungkin selepas tamat darurat, supaya mandat daripada pengundi dapat diberikan semula.

Advertisement

“Ramai pemimpin politik sama ada daripada barisan pemerintah mahupun pembangkang menyokong penggubalan akta anti lompat parti, akibat situasi lompat parti yang serius di negara kita dan membawa kerosakan keatas sistem demokrasi Westminster.

“Malah, ini menyebabkan keyakinan pengundi terhadap sistem politik negara terjejas,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top