BM | EN | 中文

SEGAMAT, TANGKAK CATAT IPU TAK SIHAT

jb-jerebu.jpg

JOHOR BAHRU, 22 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua stesen di utara Johor pagi ini berada pada paras tidak sihat setakat jam 11 pagi tadi.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen Tangkak mencatatkan bacaan 104 manakala Segamat (130).

Terdahulu, Bernama melaporkan jumlah kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 8 pagi tadi meningkat kepada 38 kawasan berbanding 18 kawasan bagi tempoh sama, semalam.

Ia menyaksikan penambahan lokasi di beberapa negeri yang terjejas serta penambahan negeri baharu seperti Kedah, Perak, Melaka, Pahang dan Terangganu.

Menurut portal APIMS, setakat pukul 8 pagi, Kedah menjadi negeri terbaharu dengan dengan IPU tidak sihat membabitkan dua kawasan iaitu Sungai Petani (107) dan Kulim Hi-Tech (105).

Ia diikuti Perak dengan lima kawasan iaitu Taiping (111), Tasek Ipoh (164), Pegoh Ipoh (145), Seri Manjung (132) dan Tanjung Malim (132).

Kawasan baharu dengan IPU tidak sihat termasuk ILP Miri, Sarawak (102); Port Dickson, Negeri Sembilan (104); Alor Gajah, Melaka (104); Seberang Jaya , Pulau Pinang (103) dan lima di Pahang iaitu Rompin (114);Temerloh (127); Jerantut (134); Indera Mahkota Kuantan (142); dan Balok Baru Kuantan (135).

Turut menjadi negeri terbaharu kualiti udara tidak sihat ialah Terengganu dengan tiga kawasan membabitkan Kemaman (142), Paka (125) dan Kuala Terengganu (136).

Sementara itu, Sarawak menunjukkan perkembangan baik selepas hanya empat kawasan berada pada paras IPU tidak sihat pagi ini, iaitu Miri (107); Sri Aman (183); Kuching (139); dan Samarahan (136) berbanding lapan kawasan, semalam.

Kekal dengan IPU tidak sihat sejak semalam, adalah dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras dan Batu Muda masing-masing dengan bacaan IPU 153 dan 173, sementara Putrajaya (138) diikuti Minden (140) dan Balik Pulau (151) di Pulau Pinang.

Turut kekal dengan IPU lebih 100, Tangkak, Johor (106) dan enam kawasan di Selangor iaitu Johan Setia Klang (193); Kuala Selangor (152), Petaling Jaya (148); Shah Alam (143); Klang (131); dan Banting (116), diikuti Negeri Sembilan melibatkan Nilai (140) dan Seremban (124).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top