BM | EN | 中文

Sedili Kecil Surf Kids gilap bakat peluncur air di Johor

ski.jpg

Antara peserta yang terlibat dalam program SKSK

Advertisement

KOTA TINGGI, 21 JAN: Pembangunan sukan air terutamanya di Johor mengambil sedikit masa, namun melalui perancangan yang teliti dan sokongan pelbagai pihak tidak mustahil usaha tersebut dapat direalisasikan.

Pengasas kelab luncur ombak (surfing) Sempoi Boogie, Mohamad Aminullah Rahmat berkata, Johor memiliki potensi besar, lebih-lebih lagi apabila negeri ini memiliki jaluran pantai yang bersesuaian untuk sukan jenis itu selain ramai bakat di kalangan kanak-kanak.

“Sukan surfing ada potensi. Mungkin ada yang rasakan ia sekadar ‘permainan petang hari’. Namun sebenarnya mampu berkembang menjadi sukan yang boleh menjamin masa depan seseorang atlet hingga ke peringkat antarabangsa.

Advertisement

“Di Sedili Kecil ini kita telah mulakan progam ‘Sedili Kecil Surf Kids’ (SKSK) bersama kelab, sekolah dan warga kampung. Kita buat kerjasama untuk kenalpasti anak-anak yang ada potensi.

“Hasilnya memang bukan serta-merta. Mungkin tiga atau empat tahun lagi. Tapi sekurang-kurangnya kita buka peluang untuk mereka sertai aktiviti yang baik dengan amalan gaya hidup sihat,” katanya ketika dihubungi Johorkini.

Katanya, Sempoi Boogie menyokong dasar kerajaan terutamanya melalui Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggalakkan pengembangan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

Advertisement

“Sebab itu bila bercakap tentang sukan ‘surfing’, mereka kena disiplin. Selain itu kerjasama daripada ibu bapa juga diperlukan, terutamanya program ini melibatkan kanak-kanak di antara lapan hingga 12 tahun. Kita mahu ‘restu’ dan kebenaran ibu bapa mereka.

“Kita terangkan kepada penjaga dari banyak sudut. Tentang bagaimana sukan ini dimainkan, tentang keselamatan, latihan dan matlamat sukan ini sendiri,” katanya.

Tambah beliau, Sempoi Boogie mensasarkan lima siri latihan progam ‘Sedili Kecil Surf Kids’ sepanjang musim ini, kerana ombak yang bersesuaian dengan sukan ‘surfing’ dijangka akan tamat pada awal Februari 2020.

Advertisement

“Di Sedili Kecil berbeza berbanding dengan tempat seperti di Cherating, Pahang. Di sana budaya ‘surfiing’ telah wujud kuat selain berjaya menarik ramai pelancong (sukan).

“Di Sedili Kecil kita tumpu projek pembangunan dengan usahasama sekolah. Sebelum ini belum pernah dilakukan dan latihan disusun secara bertahap,” katanya lagi.

Terdahulu pada 19 Januari lalu, Sempoi Boogie memulakan program ‘Sedili Kecil Surf Kids’ (SKSK) yang disertai kira-kira 25 kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil.

Advertisement

Program dirasmikan oleh pegawai tadbir Jabatan Hal Ehwal Industri Pelancongan Majlis Perbandaran Pengerang, Mohamed Noor Hafidz Md Othman.

Dalam pada itu Aminullah turut mengalukan-alukan pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta untuk bekerjasama dan membantu pembangunan sukan ‘surfing’ melalui program yang tidak berasaskan keuntungan (SKSK).

“Objektif kita nak lahirkan atlet selain mempromosikan sukan surfing. Sedili Kecil mempunyai potensi. Selain itu kita juga mahu memperkenalkan kawasan ini antaranya pantai Tanjung Buloh,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top