BM | EN | 中文

Sebulan dua kali rumah dinaiki air, penduduk di Minyak Beku gesa kerajaan ambil langkah segera

Banjir-Desa-Sri-Banang-Minyak-Beku-Batu-Pahat.jpg

Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim melawat Desa Sri Banang, Minyak Beku, Batu Pahat yang dilanda banjir

BATU PAHAT, 21 OGOS: Penduduk di Desa Sri Banang, Minyak Beku, Batu Pahat terpaksa berdepan kesukaran apabila kampung mereka kerap ditenggelami banjir apabila air laut pasang.

Norreyan Minhat

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Orang Asli, Norreyan Minhat, 44, berkata kejadian banjir berlaku sejak sekian lama tanpa ada sebarang langkah pemulihan.

Katanya, ia berpunca dari air laut pasang tinggi dan beliau memohon kerajaan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan masalah itu.

“Banjir ni akan berlaku sebulan dua kali iaitu pada awal bulan Islam dan pertengahan bulan Islam. Ini memang membebankan kerana kerugian terpaksa ditanggung penduduk setiap kali banjir berlaku.

“Kita mahu perkara ini diselesaikan oleh kerajaan. Penduduk semakin tersepit dengan masalah ini. Kerajaan perlu prihatin dengan masalah ini,” katanya ketika ditemui.

Ahmad Karim

Mengulas perkara sama, Penghulu Desa Sri Banang, Ahmad Karim, 74, berkata suara orang kampung telah dibawa ke peringkat tertinggi namun tindakan lanjut masih tidak dilakukan.

“Kita dah cuba bermacam-macam cara dan aduan ini telah dibuat sampai ke peringkat parlimen. Namun masih tidak ada sebarang tindakan.

“Sudah 10 tahun perkara ini terbiar tanpa sebarang kerja bagi membendung masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata perkara tersebut penah dibawa ke peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dibuat.

Tambahnya, permohonan tersebut adalah bagi membina benteng di sekeliling taman yang dijangka mencecah memakan kos RM2 juta.

“Kita telah bertemu dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Mereka telah mengeluarkan pelan yang dibawa pihak kami ke pihak menteri.

“Saya telah telah maklumkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, Dewan Undangan Negeri dan telah membawa perkara tersebut kepada KPLB.

“Kita sedih dengan apa yang berlaku kepada kampung ini.

“Kita mendesak kerajaan agar menyegerakan projek tersebut supaya nasib penduduk kampung ini terbela,” katanya sewaktu melawat tempat banjir berkenaan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top