BM | EN | 中文

Sebuah rumah di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir musnah terbakar

kawasan-perindustrian-1-01-scaled.jpg

Sebuah rumah di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir di sini musnah terbakar dalam kejadian petang tadi.

Advertisement

MUAR, 16 JAN : Sebuah rumah di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir di sini musnah terbakar dalam kejadian petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal yang merupakan ketua balai berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 1.31 petang.

Katanya, seramai 17 anggota dengan kekuatan dua jentera serta sebuah water tanker dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

Turut terlibat dalam operasi pemadaman enam anggota dan sebuah jentera dari balai bantuan BBP Pagoh.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal. Di mana kesan kebakaran telah memusnahkan 90 peratus daripada rumah tersebut

“Tindakan operasi menggunakan satu aliran 400 kaki, satu breeching dan dua pancutan air tangki pam jentera. Kebakaran tidak melibatkan mangsa,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 3.38 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top