BM | EN | 中文

Sebar berita palsu koronavirus di Johor, satu individu sedang diburu polis

Dzulkefly-Ahmad-mugshot-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 FEB : Kerajaan negeri mengingatkan individu atau pihak yang membantu menularkan berita palsu juga boleh diambil tindakan oleh pihak berwajib.

Exco Perumahan, Komunikasi Dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, oleh itu, amalan memeriksa kesahihan sesuatu berita sebelum dikongsi perlu dititikberatkan oleh semua.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan portal SEBENARNYA.MY yang telah dibangunkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengetahui status kesahihan sesuatu berita.

Advertisement

“Setakat ini, sebanyak 36 kes berkaitan penularan berita palsu mengenai koronavirus (2019-nCoV) sedang disiasat oleh pihak MCMC di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Manakala, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, seramai 12 individu pula telah ditahan oleh pihak MCMC di seluruh negara.

“Terdapat satu kes melibatkan seorang individu yang telah memuat naik kandungan palsu berkaitan Koronavirus yang berlaku di Forest City, Johor Bahru dan sedang dalam buruan pihak PDRM,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Dzulkefly memberitahu, dalam masa yang sama, pihak Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor juga sedang giat menjalankan program lnfo On Wheels (IOW).

“IOW adalah program hebahan di kawasan awam dengan membuat edaran risalah berkaitan Koronavirus termasuk langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon bagi mengelak penularan wabak.

“Sebanyak 52 buah program tOW telah dijalankan oleh pihak JPN di seluruh negeri Johor sehingga kini.

Advertisement

“Saya melihat bahawa program ini juga merupakan satu langkah untuk membendung penyebaran berita palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau yang juga Adun Kota Iskandar juga menggalakkan agar kesemua 138 buah Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang telah ditubuhkan di seluruh negeri Johor untuk bekerjasama dengan pihak JPN Daerah masing-masing.

“Ini bagi membuat edaran risalah tersebut di tempattempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah, terminal bas, pasar awam dan sebagainya,” katanya.

Advertisement

Beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak terlibat dalam menyebarkan berita palsu berkaitan isu ini dan dalam masa yang sama mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan Koronavirus melalui sumber yang sahih seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebelum ini, polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook bernama ‘Haziq Fahami’ untuk siasatan dan tindakan susulan maklumat palsu dan penularan di media sosial berkaitan novel koronavirus.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, satu laporan polis telah dibuat semalam berkaitan penularan maklumat palsu tentang penyebaran koronavirus di Forest City dilakukan pemilik akaun Facebook tersebut.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top