BM | EN | 中文

Sebanyak 64.1 peratus tanaman sawit di negara ini telah mendapat Pensijilan MSPO

teresa-kok-2.jpg

Teresa Kok menyampaikan sijil MSPO kepada salah seorang pekebun kecil di negeri ini.

KOTA TINGGI, 30 JAN: Sehingga hari ini, dianggarkan sebanyak 64.1 peratus daripada keseluruhan 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah mendapat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, pensijilan MSPO penting kerana ia piawaian yang diterima untuk memasuki pasaran antarabangsa, khususnya Eropah.

Katanya, pensijilan MSPO itu meliputi kawasan estet seluas 3.04 juta hektar, pekebun kecil tersusun (605,382 hektar) dan pekebun kecil persendirian (98,637 hektar).

“Ketika ini terdapat kempen anti sawit khususnya di Eropah dimana ia merupakan pasaran eksport ketiga terbesar sawit negara.

“Oleh itu penting untuk kita memastikan pengusaha sawit mendapatkan pensijilan MSPO, ini kerana pensijilan itu diterima di pasaran Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB); Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Chew Jit Seng dan ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari.

Tambah Teresa, di negeri ini, seluas 18 hektar keluasan tanaman sawit telah di persijilkan MSPO, jumlah tersebut adalah 8.2 peratus daripada keseluruhan 219,400 hektar tanaman sawit di negeri ini.

“Jumlah itu bagaimanapun masih terlalu rendah. Kita khususnya pekebun kecil perlu percepatkan permohonan pensijilan MSPO agar kita dapat mencapai sasaran 100 peratus,” tambahnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top