BM | EN | 中文

Scientex beli tanah di Johor RM518.1 juta

Scientex.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Pengilang pembungkusan dan pemaju hartanah, Scientex Bhd merancang membangunkan perbandaran ketujuhnya di tanah seluas 388.5 hektar yang dicadangkan untuk diambil alih di Tebrau, Johor Bahru pada harga RM518.1 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Scientex, Lim Peng Jin berkata kumpulan itu ingin terus menembusi pembangunan hartanahnya di Johor selepas membangunkan enam perbandaran di Pasir Gudang, Kulai, Skudai, Pulai, Senai dan Kota Tinggi.

Sehubungan itu, firma itu memeterai perjanjian jual beli dengan Pelangi Sdn Bhd untuk memperoleh lapan bahagian tanah pegangan bebas melalui anak syarikat milik penuhnya, Scientex Quatari Sdn Bhd.

Advertisement

Scientex merancang untuk membangunkan projek pembangunan campuran di tanah terbabit, nilai pembangunan kasarnya (GDV) masih belum ditetapkan lagi, katanya dalam satu kenyataan.

Pembelian tanah yang dicadangkan itu adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Lembaga Tanah Estet dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Pembelian berkenaan akan dibiayai oleh dana yang dihasilkan secara dalaman dan pinjaman bank.

Advertisement

Selepas cadangan pembelian tanah bersama dengan pengambilalihan tanah yang sedang berjalan selesai, jumlah simpanan tanah kumpulan itu di seluruh Johor, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah akan berkembang daripada kira-kira 2,523 hektar kepada sekitar 2,913 hektar.

Pada masa ini, projek hartanah Scientex yang sedang berjalan bernilai RM2.3 bilion bagi jumlah keseluruhan GDV di seluruh pembangunannya di Johor, Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top