KUALA LUMPUR, 25 MAC: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan pertuduhan terhadap bekas pengarah UAS Bistari Management Sdn Bhd, Uzir Abdul Samad, 49, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana tiga kesalahan berkaitan aktiviti pasaran modal tanpa lesen.
Uzir dikenakan pertuduhan kerana mengaku sebagai pengurus dana walhal dia tidak dilesenkan oleh SC untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana yang dikawal selia.
“Ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya (jika sabit kesalahan),” kata SC dalam satu kenyataan semalam.
Uzir, selama ini bebas sejak 2016, ditahan Selasa lalu di kediamannya di Selangor susulan maklumat daripada pihak awam.
SC telah meryenaraikan Uzir sebagal individu yang dikehendaki sejak 2016 selepas mendapat waran tangkap terhadapnya.
Selain itu, beliau turut dikenakan pertuduhan atas dua kesalahan di bawah seksyen 362(3) CMSA kerana menggunakan gelaran “Pengurus Dana dan Pemegang Lesen Wakil
Selain itu, beliau turut dikenakan pertuduhan atas dua kesalahan di bawah seksyen 362(3) CMSA kerana menggunakan gelaran “Pengurus Dana dan Pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Suruhanjaya Sekuriti” dengan tujuan mendapatkan kepercayaan bahawa dia dilesenkan untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana.
Kesalahan-kesalahan ini boleh membawa kepada hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, bagi setiap kesalahan jika disabitkan.
Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Tuan, Aizatul Akmal Maharani bersetuju dengan pengemukaan pihak pendakwaan bahawa Uzir merupakan individu yang berisiko melarikan din dan menolak ikat jamin Uzir sementara menunggu perbicaraan terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Benama