BM | EN | 中文

SBST bakal diperkenal di Johor – Kementerian Pengangkutan

stesen-bas-Larkin-Johor-Bahru.jpg

Stesen bas Larkin, Johor Bahru - Gambar Hiasan (Ehsan businterchange.net)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUL: Program transformasi bas henti-henti (SBST) akan turut diperkenalkan di Johor, menurut Kementerian Pengangkutan.

Menterinya, Wee Ka Siong dalam jawapan di Dewan Rakyat berkata, Kementerian Pengangkutan sentiasa meneliti permintaan dan keperluan untuk menyediakan sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan dan menyeluruh di Malaysia.

“Kementerian Pengangkutan sedang dalam perbincangan bersama pihak Kementerian Kewangan untuk memperkenalkan program transformasi bas henti-henti (Stage Bus Service Transfomation, SBST) di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Advertisement

“Pada masa ini hanya program SBST hanya disediakan di empat ibu negeri sahaja iaitu di Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kangar.

“Berdasarkan perancangan Kementerian, program ini akan turut diperkenalkan di Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan,” katanya.

Tambah Wee, program SBST adalah merupakan satu penambahbaikkan ke atas keseluruhan model penyediaan perkhidmatan bas henti-henti di Malaysia.

Advertisement

Katanya ia akan merangkumi elemen sistem perkhidmatan bas yang moden dan efisien seperti menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang mudah, stabil dan bersaling-hubungan sepanjang hari dengan struktur dan jadual yang mudah difahami.

Selain itu ia akan menggunakan konsep rangkaian ‘hub and spoke’ yang lebih efisen untuk orang ramai tiba ke destinasi, berasaskan model perkhidmatan yang lebih menyeluruh, penggunaan sistem tiket tanpa tunai serta pemantuan perkhidmatan secara dinamik dan atas talian.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ahli parlimen Lanang, Alice Lau Kiong berhubung impak penambahan laluan penerbangan dan penerbangan kadar tetap bagi Kuala Lumpur-Sibu dan Johor-Sibu pada musim perayaan Tahun Baru Cina 2020 berbanding 2019.

Advertisement

Berhubung perkara itu Wee berkata, bagi laluan Johor Bahru-Sibu, yang dikendalikan oleh AirAsia, harga tambang perjalanan musim Tahun Baru Raya Cina pada tahun 2020 adalah 13 peratus lebih rendah berbanding harga tambang musim Tahun Baru Raya Cina tahun 2019.

“Bagi maksud penetapan harga tambang domestik di Sabah dan Sarawak yang ditawarkan oleh AirAsia, harga tiket penerbangan ditentukan menggunakan kaedah dinamik (dynamic pricing mechanism) yang antara lain mengambil kira kadar penawaran dan permintaan
(supply and demand) didorong oleh pasaran (market driven).

“Syarikat-syarikat penerbangan negara akan menetapkan kadar tambang penerbangannya dengan mengambil kira permintaan pasaran, keadaan ekonomi serta faktor-faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top