BM | EN | 中文

Sayangi alam, 1,200 pokok ditanam di Sireh Park

IMG-20200126-WA0007.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 JAN: Sebanyak 1,200 batang pokok hutan hujan tropika endemik telah ditanam di Sireh Park, di sini, baru-baru ini sebagai usaha memelihara dan memulihara ekosistem hutan dan iklim.

Program berkenaan merupakan usaha MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) dan Sireh Park yang mana taman warisan semulajadi yang dibangunkan dan dibiayai oleh UEM Sunrise.

Penanaman pokok di taman yang diuruskan oleh Nusajaya Natural Heritage Trust itu dianggarkan dapat menyerap 27,120 kilogram karbon dioksida setiap tahun.

Advertisement

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MCIS Life merangkap Pengarah Urusan MCIS Life, Prasheem Seebran, beliau percaya tindakan paling baik untuk membantu menyelamat iklim perlu bermula dari rumah.

“Pokok endemik yang berasal dari belakang rumah sangat membantu memulihkan iklim dari pemanasan global,” katanya.

Beliau juga percaya tanggungjawab untuk menjadikan bumi lebih hijau bukan saja dipikul oleh kerajaan.

Advertisement

“Memastikan persekitaran yang sihat dan hijau kepada generasi akan datang merupakan tanggungjawab moral semua pihak,” katanya lagi.

Pada program berkenaan sebanyak enam spesies pokok hutan hujan endemik telah dipilih.

Turut hadir pada program itu, Exco Kerajaan Tempatan, Ksejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Salehuddin Hassan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top