BM | EN | 中文

“SAYA TERPAKSA BERDIRI KUAT UNTUK PASTIKAN PH MENANG LAGI DI TG PIAI” – IBU ALLAHYARHAM DR MD FARID

penamaan-calon-10.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV : “Saya terpaksa berdiri kuat di sini untuk pastikan Pakatan Harapan (PH) menang lagi kali ini,” kata Ibu Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, Norma Mohamed ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita Pakatan Harapan (PH) dan Sukarelawan P156 Tanjung Piai, sebentar tadi.

Norma berkata, walaupun jiwanya sebagai seorang ibu masih berada dalam keadaan sedih namun itu bukan penghalang untuk dia membantu kemenangan PH.

“Tanjung Piai saya punya, saya tahu macam mana nak berkempen tapi saya perlu dokongan semua untuk menang.

Advertisement

“Apabila anak saya meninggal saya sedih tapi ketika itu saya sudah mula atur strategi sebab saya tahu akan ada PRK. Saya sudah pun jumpa wanita-wanita disini.

“38 tahun saya jaga UMNO jadi saya tahu di mana strategi wanita sebenarnya,” katanya.

Tambahnya, dia akan berusaha membantu jentera wanita mengalihkan 3,000 hingga 4,000 undi wanita sekali gus boleh memenangi PRK kali ini dengan mudah.

Advertisement

Jelasnya, melihat kehadiran wanita pada majlis hari ini dia dapat merasakan semangat baru buat wanita PH.

“Saat berkempen di Tanjung Piai sebelum ini ada empat orang wanita sahaja. Tapi hari ini saya tak boleh celik mata tengok wanita-wanita yang datang hari ini. Ini satu semangat baru buat Tanjung Piai,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top