BM | EN | 中文

“Saya terbuka untuk terima idea dan pandangan bagi melawan Covid-19” – MB Johor

Dr-Ir-Hasni-Mohammad.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (Gambar Fail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 APR: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, beliau sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu menyampaikan idea dan pandangan bagi menyantuni rakyat semasa berjuang melawan penularan wabak Covid-19.

Hasni berkata, dalam keadaan negara menghadapi krisis Covid-19, semua pihak harus mengenepikan fahaman politik dan bersama memikul amanah bagi mengagihkan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Saya sentiasa membuka pintu kepada mereka untuk menyampaikan idea dan pandangan bagi menyantuni rakyat semasa kita berjuang melawan penularan wabak Covid-19.

Advertisement

“Saya ingin mengajak semua pemimpin, termasuk daripada pakatan pembangkang supaya berganding bahu dengan kerajaan untuk bersama-sama memastikan rakyat di kawasan masing-masing yang memerlukan mendapat bantuan sewajarnya.

“Marilah kita bermuafakat memastikan negara serta negeri kita segera bebas daripada penularan wabak Covid-19 ini,” kata Hasni dalam satu kenyataan hari ini.

Adun Benut itu berkata, kerajaan negeri juga sentiasa menambah baik sistem penyampaian agar semua bentuk bantuan kepada rakyat dapat diselaras dengan baik dan diterima pada masa serta jumlah yang ditetapkan.

Advertisement

“Sebagai usaha memastikan bantuan ini dapat disampaikan secara efektif, Jawatankuasa Kerja Khas Bencana telah diwujudkan, di mana ia dianggotai oleh pelbagai agensi, sekaligus memudahkan urusan agihan bantuan kepada penerima terlibat.

“Di peringkat pelaksanaan pula, saya menyeru kepada semua pemimpin dan ketua masyarakat yang diberi amanah tersebut supaya memastikan semua golongan yang layak diberikan bantuan,” kata Hasni.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top