BM | EN | 中文

“SAYA SENDIRI AKAN MULA GUNA TULISAN JAWI TAHUN INI” – TOSRIN

gambar-tosrin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 SEPT: Meskipun Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan surat menyurat bermula tahun hadapan, namun proses pemerkasaan tulisan Jawi dijadualkan berjalan pada tahun ini.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, beliau sendiri secara peribadi akan memulakan langkah tersebut dalam masa terdekat.

“Walaupun penggunaan tulisan jawi akan bermula secara rasmi pada 1 Januari 2020, tetapi pada bulan September dan Oktober tahun ini jabatan kami akan mulakan penggunaan tulisan jawi.

Advertisement

“Awal November ini, saya sendiri akan mulakan penggunaan tulisan jawi dalam teks ucapan dan urusan surat menyurat,” kata Tosrin kepada Johorkini selepas selesai lawatan kerja ke Maahad Johor, disini, petang tadi.

Dalam pada itu, Tosrin yang juga merupakan Adun Bukit Permai berkata, pelaksanaan penggunaan jawi dalam urusan surat menyurat JAINJ dan MAINJ berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.

Tambahnya, usaha memartabatkan tulisan Jawi akan terus dipergiatkan sebagai simbol agama Islam dan identiti negeri ini.

Advertisement

“Buat masa sekarang, kita telah menghantar 40 orang pegawai dari pelbagai daerah di bawah JAINJ dan MAINJ untuk mengambil kursus kaedah tulisan Jawi di Dewan Bahasa dan Pustaka,” tambah Tosrin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top