BM | EN | 中文

Saya PM selagi Anwar tak buktikan majoriti – Muhyiddin

tan-seri-muhyiddin-yassin.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin menegaskan dia masih lagi memegang jawatan perdana menteri selagi Anwar Ibrahim tidak membuktikan bahawa dia mempunyai majoriti yang mencukupi.

“Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau turut meminta rakyat bertenang dan situasi itu akan dapat diatasi dengan baik

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan PN masih berdiri teguh dan saya adalah perdana menteri yang sah,” tambah beliau.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim terdahulu hari ini mengumumkan beliau memiliki sokongan majoriti anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Advertisement

Beliau turut berkata telah diperkenankan untuk menghadap Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong pagi ini, namun terpaksa ditangguhkan kerana baginda sedang mendapatkan rawatan di IJN.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top