BM | EN | 中文

“Saya masih ahli Amanah, tak khianati mandat rakyat kepada PH” – Adun Serom

Adun-Serom-Ir.-Dr.-Faizul-Amri-Adnan.png
Advertisement

LEDANG, 23 JUL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serom, Faizul Amri Adnan, Ir Dr Faizul Amri Adnan berkata beliau masih ahli parti Parti Amanah Negara (Amanah) Amanah dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).

Katanya, peletakan jawatannya sebagai pengerusi jawatankuasa pendidikan Amanah Johor dan ahli jawatankuasa Amanah negeri adalah perkara dalaman, namun ditularkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mereka yang cuba menangguk di air yang keruh.

“Saya ingin menegaskan saya masih ahli parti Amanah dengan segala prinsip perjuangan bagi membela nasib rakyat keseluruhannya tersemat kemas di dalam jiwa saya.

Advertisement

“Saya juga ingin menegaskan bahawa keputusan peletakan jawatan yang saya buat (semalam) adalah bagi memberi signal kuat kepada pimpinan tertinggi parti untuk menyelesaikan segala konflik dalaman parti di pelbagai peringkat sebagai persediaan untuk Amanah yang lebih kukuh dan ahli-ahli serta masyarakat Malaysia keseluruhannya yang lebih bersemangat serta positif bagi mengharungi cabaran politik semasa hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faizul berkata, beliau kekal bersama mandat rakyat yang telah memberi kemenangan dan peluang kepada PH untuk memimpin negeri Johor amnya dan Malaysia khasnya.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya kekal bersama mandat rakyat yang telah memberi kemenangan dan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin negeri Johor amnya dan Negara Malaysia khasnya.

Advertisement

“Saya tidak akan sesekali menjadi pengkhianat kepada mandat ini sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa ahli politik Malaysia,” ujarnya lagi.

Semalam tular salinan surat peletakan jawatannya, dan Faizul memberi alasan hilang kepercayaan kepimpinan parti itu di peringkat negeri pertikaian dalaman.

Sementara itu, seorang pengguna facebook dipercayai ahli parti Amanah, Mohamad Yussof Abd Ghani memuatnaik gambar pertemuan Faizul bersama presiden, Mohamad Sabu, timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan pimpinan parti itu.

Advertisement

“Terima kasih Presiden dan Timbalan Presiden kerana belanja makan tengah hari. Semuanya demi Amanah,” katanya sambil meninggalkan tanda pagar #kitajagaAmanahkita.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top