BM | EN | 中文

‘SAYA HANYA JALANKAN TANGGUNGJAWAB WAKIL RAKYAT’

DF073C08-B42E-4812-AE37-FCC6B6A3D961.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OGOS: Adun Puteri Wangsa Mazlan Bujang membuat satu laporan polis berhubung tuduhan salahguna kuasa berkait dengan kes pencemaran udara di Pasir Gudang.

Menafikan perkara tersebut, Mazlan berkata beliau tidak boleh berdiam diri setelah difitnah sedemikian rupa.

Laporan polisnya itu, menurut Mazlan, bertujuan menyatakan perkara sebenar kepada polis dan membolehkan siasatan lanjut dijalankan berkenaan isu tersebut.

Advertisement

“Seperti tular di laman Facebook, ia memang betul suara saya (rakaman suara panggilan telefon kepada penjawat awam), tetapi tiada perkataan saya menyuruh membuka (beroperasi semula) kilang haram. Suara saya jelas adalah untuk membantu pengusaha kecil yang terjejas di kawasan Kampung Pasir Putih.

“Saya hanya menelefon sebagai tanggungjawab wakil rakyat. Saya bercakap untuk meminta pihak berkuasa membolehkan semula operasi peniaga berkenaan,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan tersebut petang semalam di Balai Polis Bandar Dato’ Onn.

Klip rakaman suara tersebut kini tular di media sosial.

Advertisement

Mazlan turut menafikan dakwaan mengeluarkan ugutan kepada penjawat awam tersebut, dan mendakwa dirinya menpunyai kuasa setaraf menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Johor (Bersatu) berkata beliau hanya memperjuangkan nasib peniaga kecil di kawasan Kampung Pasir Putih yang meminta pertolongan beliau selaku wakil rakyat memandangkan kawasan terbabit juga didalam kawasan DUN Puteri Wangsa.

Mazlan berkata tuduhan ini bermotifkan politik bertujuan untuk menjejaskan imejnya selaku pemimpin parti kerajaan.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top