BM | EN | 中文

“SAYA DAN ARWAH DR FARID, KERJA TUJUH HARI SEMINGGU”-MOHAMED HANIPA 

IMG-20191108-WA0073.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 9 NOV : “Saya dengan arwah Dr Farid (Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafiq) kerja tanpa mengira masa, tujuh hari seminggu,” demikian tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin ketika berceramah kempen sempena Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, di sini, kelmarin.

Menurutnya, usaha berkenaan dilaksanakan mereka tanpa mengira masa ini adalah bertujuan memulihkan kembali masalah ekonomi negara hasil dari pemerintahan kerajaan lama.

Advertisement

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) giat menjalankan usaha memulihkan ekonomi akibat ketirisan dan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan lama.

“Pelbagai usaha dan perubahan yang telah dilaksanakan dan yang paling utama sekali adalah memerangi rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, bagi menggambarkan ketirisan dan rasuah yang diwariskan kerajaan lama, Mohamed Hanipa turut menceritakan pengalamannya menaiki Equiminity iaitu kapal yang tersabit dengan penggubahan wang haram 1MDB.

Advertisement

“Selepas Pilihanraya Umum ke-14, saya berpeluang naik kapal Equiminity. Mewahnya kapal ini sebab ada lif, salon rambut, kolam renang, tempat mendarat helikopter, dan pawagam

“Beginilah cara kerajaan lama berbelanjakan duit hingga kita mewarisi kerajaan yang begitu parah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang turut menjelaskan pelbagai langkah yang dijalankan kerajaan bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan.

Advertisement

“Antaranya termasuklah mengurangkan kakitangan yang berlebihan di jabatan-jabatan kerajaan.

“Kerajaan sekarang juga menjalankan pemutihan dengan mengenalpasti siapa yang benar-benar layak menerima sebarang bantuan dari kerajaan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top