BM | EN | 中文

Satukan tenaga Pemuda Amanah Johor hadapi kekalutan politik

Taqiuddin-cheman.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 22 OKT: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman menyeru agar pemuda Parti Amanah negara memperkukuhkan keadaan dalam berhadapan dengan kekalutan politik yang berlaku di negara ini.

Katanya dalam satu kenyataan dalam suasana politik yang tidak sihat seperti mana yang berlaku semenjak bulan Mac yang lalu secara langsung membuatkan banyak pihak menjadi lemah dengan politik di negara ini.

“Perlu ditekankan Parti Amanah terutama di dalam pemuda sangat berpegang dengan prinsip dalam mempertahankan Pakatan Harapan (PH) dalam masa senang mahu pun di waktu susah.

Advertisement

“Oleh yang demikian, perlu untuk pemuda Amanah merapatkan saf dalam mengatur langkah, hindari perkara yang kecil dan tidak penting serta fokus untuk bersama dalam menggerakkan jemaah yang kita cintai ini dengan penuh keikhlasan dan iltizam.

“Kita perlu bergerak seiring dan bergerak sebagai sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu. Saya percaya dengan kelebihan dan kekuatan semua yang ada.

“Saya nak gembleng semua kekuatan ini untuk menghasilkan satu gerakan dalam pemuda ini dan saya perlukan mereka yang ‘thinkers’,’doers’, ‘committed’, ‘enthusiastic’, ‘passionate’ dan mereka yang sentiasa mencari jalan untuk memberi kepada rakyat untuk bangunkan pemuda,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda PH Johor berkata pemuda parti harus bersedia menceburi pelbagai medium penyampaian cara baru melalui media sosial.

“Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin moden dan canggih, maka organisasi juga perlu diperkasakan agar tidak ketinggalan zaman.

“Kita perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk mengemaskini teknologi yang semakin canggih. Penggunaan ‘facebook’, ‘twitter’, ‘instagram’, ‘tik tok’ dan sebagainya haruslah menjadi medium untuk menyampaikan maklumat yang tepat pada sasaran anak muda.

Advertisement

“Selain itu sistem urus tadbir organisasi dan pengurusan kewangan juga perlu terus diperkemaskan supaya lebih efisyen untuk mencapai kesatuan gerak kerja di semua peringkat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top