BM | EN | 中文

SATU PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DIBUKA DI KOTA TINGGI

IMG-20191209-WA0000.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 9 DIS : Satu pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di daerah ini dibuka petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, sebanyak lima buah keluarga membabitkan 19 orang mangsa dipindahkan.

Pemeriksaan kesihatan dilakukan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas mangsa banjir yang dipindahkan di PPS SK Teluk Ramunia.

“PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia itu dibuka jam 2.30 petang.

Advertisement

“Di mana kawasan yang terjejas adalah Kampung Parit Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit Raja,”katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga pagi ini jumlah mangsa ditempatkan di PPS masih sama dan tidak berlaku pertambahan bilangan mangsa.

Terdahulu, antara agensi yang terlibat susulan pembukaan PPS itu adalah pejabat daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, bomba, Jabatan Pengairan dan Saliran, Rela, penghulu mukim, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung serta lain-lain agensi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top