JOHOR BAHRU, 30 JAN: Seramai 25 mangsa daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir setakat pukul 12 tengah hari ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, hanya satu PPS yang masih beroperasi setakat ini.
Menurut beliau, PPS tersebut adalah di Balairaya Kampung Baru Saleng, Kulai.
Johorkini