KOTA TINGGI, 21 SEPT: Satu lagi mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui di pesisir pantai Teluk C, Kota Tinggi, Johor, jam 9.30 pagi tadi.
Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Johor, mayat berkenaan dipercayai salah seorang daripada tujuh mangsa yang ditemui lemas ketika cuba memasuki perairan negara pagi senalam.
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HIS) Johor Bahru bagi tujuan bedah siasat dan pemeriksaan COVID-19.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan, lapor TV3.
Identiti dan jantina mangsa belum dikenal pasti dan siasatan punca kejadian sedang dijalankan.
Semua mangsa dipercayai lemas ketika cubaan memasuki negara ini melalui jalan yang tidak di wartakan, awal pagi semalam.
Tengah hari semalam pihak keselamatan menemui enam mangsa sekitar jam 1 tengah hari membabitkan empat wanita dan dua lelaki dipercayai warganegara Indonesia.
Manakala sembilan lagi PATI warganegara Indonesia turut ditangkap dalam operasi oleh anggota Rejimen Pertama Kor Armor DiRaja di lokasi berkenaan.
Semua PATI yang ditahan termasuk tiga wanita, berumur antara 36 hingga 58 tahun, dikesan ketika bersembunyi di dalam kawasan berhampiran pantai.
Johorkini