BM | EN | 中文

Sasaran 35 atlet layak ke Sukan Paralimpik Tokyo realistik – MPM

Tokyo-paralimpik-2020.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 APR: Sasaran 35 atlet layak ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Ogos depan adalah realistik, kata Ketua Kontinjen negara ke temasya itu Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Beliau yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata sasaran ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) itu mampu dicapai dan berharap segala perancangan serta persediaan berjalan lancar.

“Saya setuju dengan Ahmad Shapawi (Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail) selain berharap agar segala perancangan serta persediaan oleh atlet berjalan lancar bagi memudahkan kita memenangi seberapa banyak pingat yang boleh.

Advertisement

“Jika terdapat atlet para yang tidak layak, is mungkin disebabkan kekangan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Saya tidak mahu letak tekanan kepada mereka tetapi kami optimistik sasaran boleh dicapai,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa MPM di sini semalam.

Ahad lepas, Ahmad Shapawi berkata MSN menjangkakan sebanyak 33 atlet kebangsaan dan 35 atlet paralimpik layak ke Tokyo 2020.

Mengenai sasaran pingat di Tokyo dan Sukan Para ASEAN di Hanoi, Vietnam, Megat D Shahriman berkata perkara itu diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk mengumumkannya apabila tiba masa.

Advertisement

Katanya, MPM juga telah mengenal pasti sasaran pingat bagi kedua-dua temasya itu namun masih menunggu makium balas daripada jurulatih dan persatuan sukan masing-masing.

Setakat ini, 10 atlet para daripada lima sukan telah Iayak ke temasya Paralimpik Tokyo terdiri daripada Muhd Nursaiful Zulfikri dan Brenda Anelia dalam acara renang; S. Suresh dan Wiro Julin (memanah); Mohd Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romli (olahraga); Chew Wei Lun (boccia); dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).

Sukan Paralimpik Tokyo dijadual pada 24 Ogos hingga 5 Sept depan manakala Sukan Para ASEAN di Hanoi pula pada 17 hingga 23 Dis.

Advertisement

Sementara itu, Megat D Shahriman memaklumkan bahawa atlet para yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 baru-baru ini tidak mengalami sebarang komplikasi dan berharap proses suntikan dos kedua dijadual pada 4 Mei berjalan lancar.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pertama merangkumi 264 atlet dan pegawai yang Iayak atau terlibat dengan Tokyo 2020 yang menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top