BM | EN | 中文

SASARAN 18.4 JUTA PELANCONG SEMPENA TAHUN MELAWAT JOHOR 2020

WhatsApp-Image-2019-09-24-at-2.43.11-PM.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 SEPT : Kerajaan negeri mensasarkan kehadiran seramai 18.4 juta pelancong bersempena Tahun Melawat Johor 2020, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, manakala, jumlah sasaran pelancong pada tahun ini membabitkan seramai 17.4 juta.

“Kita sasar seramai 18.4 juta pelancong terdiri daripada pengunjung domestik dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Johor 2020 yang mana pada tahun ini, sasarannya adalah 17.4 juta.

Advertisement

“Destinasi dan program pelancongan yang dipromosikan ini melibatkan kesemua 10 daerah dalam Johor yang menampilkan keunikan tersendiri.

“Ia membabitkan 20 destinasi pelancongan menarik serta 20 program pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Tourism Malaysia Travel Mart 2019 di Hotel Holiday Villa, di sini, hari ini.

Advertisement

Hadir sama;  Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md Said.

Sementara itu, Zulkifly menasihatkan agar pengusaha perkhidmatan penginapan termasuk hotel dan rumah tumpangan turut membantu mempromosikan kepelbagaian produk pelancongan berhampiran kawasan mereka.

Tujuannya agar para pelancong yang datang menginap di tempat mereka mengetahui promosi tertentu yang sedang dijalankan dan produk menarik.

Advertisement

“Jadi, pengusaha penginapan mungkin boleh menyediakan risalah berkaitan dan pelancong boleh boleh membuat keputusan untuk menginap lebih lama sekaligus akan lebih banyak berbelanja,” katanya lagi.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top