BM | EN | 中文

Sasaran 100 peratus individu kerja sendiri mencarum Perkeso di Muar

IMG-20200214-WA0008.jpg
Advertisement

MUAR,14 FEB: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mensasarkan 100 peratus individu yang bekerja sendiri khususnya di daerah Muar untuk mencarum dan mendapatkan perlindungan insuran Perkeso.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohamed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya kini giat menjalankan publisiti dan hebahan kepada orang ramai di daerah ini bagi meningkatkan kesedaran mereka yang bekerja sendiri.

“Saya percaya Perkeso Muar boleh menyahut cabaran ini dan merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan semua rakyat mendapat perlindungan sosial.

Advertisement

“Baru-baru ini atas kerjasama FAMA, Perkeso Muar telah menjalankan sesi promosi di sekitar Pasar Tani Muar dan Tangkak dimana sambutan daripada peniaga amat menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikain pada majlis taklimat dan peluasan sektor skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri (SKSPS) di Hotel Traders Muar, disini hari ini.

Dalam pada itu menurutnya, sehingga 13 Februari tahun ini, Perkeso Muar telah menerima sebanyak 671 pendaftaran, manakala pada 2019 seramai 506 orang bekerja sendiri yang mencarum dalam skim itu sepanjang tahun.

Advertisement

Sementara itu bagi seluruh Johor sehingga 13 Februari, seramai 7,613 orang bekerja sendiri telah mendaftar dalam skim SKSPS.

Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa skim SKSPS berasaskan kepada konsep ‘tiada caruman, tiada perlindungan’.

“Justeru adalah penting pembayaran caruman diteruskan sebaik tempoh perlindungan tamat demi perlindungan yang berterusan.

Advertisement

“Saya harap selepas taklimat ini, ramai lagi mereka yang bekerja sendiri akan mendaftar dan mencarum,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top