BM | EN | 中文

Saringan percuma Selangor kesan 1,171 individu disyaki positif dalam dua minggu

Saringan-percuma-Selangor-kesan-1171-individu-disyaki-positif-dalam-dua-minggu.jpg

Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Kuang, Gombak pada 21 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 21 MEI: Saringan Komuniti berjaya mengesan 1,171 orang yang berkemungkinan positif sejak kempen penjejakan virus Covid-19 dua minggu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan jumlah tersebut hasil saringan di 14 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Hulu Langat dan Gombak sejak 8 Mei lalu.

“Hingga 20 Mei, hampir 20,000 individu telah menghadiri ujian saringan Covid-19 percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Advertisement

“Saringan ini dibuat bagi mengesan kes-kes positif bagi mengelak ‘silent carrier’ (pembawa senyap) dan memutuskan rantaian perebakan,” kata Amirudin, lapor SelangorKini.

Amirudin berkata meskipun saringan percuma menyumbang kepada jumlah kes yang tinggi, namun ia perlu dibuat bagi memastikan individu positif tidak menyebarkan virus tanpa sedar.

Jumlah yang disyaki positif itu bersamaan 5.8 peratus daripada 19,858 orang yang disaring dalam program mitigasi setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperkenalkan seminggu sebelum Aidilfitri.

Advertisement

Bagaimanapun di enam kawasan DUN, lebih lima peratus yang disaring berkemungkinan positif menggunakan ujian cepat RTK yang dijalankan oleh kakitangan Klinik Selcare, agensi swasta milik kerajaan Selangor.

Kes dikategorikan berkemungkinan positif menjalani saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) sebelum menggunakan kaedah tindak balas berantai polimeras masa nyata (RT-PCR) bagi mendapatkan keputusan lebih tepat.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Advertisement

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top