BM | EN | 中文

Saringan percuma, SELangkah antara usaha Selangor kawal Covid-19

Saringan-percuma-SELangkah-antara-usaha-Selangor-kawal-Covid-19.jpg

Orang ramai mendaftar sebelum membuat saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Serbaguna MPAJ, AU2, Hulu Kelang pada 18 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 19 MEI: Program Saringan Komuniti secara percuma di seluruh negeri antara sebahagian usaha Kerajaan Selangor bagi mengawal penularan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata usaha lain termasuk penubuhan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor, aplikasi SELangkah dan Pakej Rangsangan Ekonomi.

“Tidak dinafikan kes di Selangor tinggi namun kadar kebolehjangkitan kita sentiasa bawah kadar nasional dengan usaha berterusan melaksanakan saringan percuma.

Advertisement

“Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha menangani Covid-19 walaupun menghadapi pelbagai kekangan,” kata Amirudin, lapor SelangorKini.

Beliau turut menyeru penduduk Selangor agar tidak melepaskan peluang untuk menyertai skim saringan Covid -19 secara percuma yang diadakan kerajaan negeri.

Amirudin turut meningatkan rakyat Selangor untuk berdaftar di aplikasi SELangkah, dan mengelakkan dari menjadi pembawa senyap yang mampu menjangkiti ahli keluarga tanpa disedari.

Advertisement

Kerajaan Selangor mengadakan program pengawasan bagi mengenal pasti kes aktif Covid-19 di seluruh negeri mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Program saringan dimulakan sekitar Kajang dan Semenyih yang memberi peluang kepada rakyat berisiko, pernah menjadi kontak pesakit Covid-19, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top