BM | EN | 中文

Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak tarik diri dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia

psm-.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menerima tamparan hebat, apabila tiga lagi persatuan sepak takraw negeri membuat keputusan menarik did sebagai ahli gabungan badan induk itu.

Tiga persatuan berkenaan ialah Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) dan Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (PERSEDAR).

Ketiga-tiga persatuan itu bertindak sedemikian, selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan kredibiliti badan induk sepak takraw kebangsaan itu, dan mahukan penubuhan persatuan sepak takraw yang baharu.

Advertisement

Presiden PSS Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata, kepimpinan PSM tidak mengambil peduli dan tidak mengambil kira pandangan Ahli Majlis Tertinggi PSS bagi menjawab tuduhan daripada Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), sehinggakan imej semakin buruk dalam kalangan ahli gabungan.

“Persatuan telah hilang kepercayaan terhadap PSM yang gagal menangani isu dengan ASTAF, sehingga mendapat hukuman penggantungan dan denda.

“Perkembangan muktahir ini amat mendukacitakan dan menampakkan kegagalan sebagai persatuan induk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Di SEREMBAN, Presiden PESTANS Wan Mohd Husni Wan Abdullah berkata, tindakan itu diputuskan sebulat suara bagi memberi sokongan kepada penubuhan badan induk dengan kepimpinan baharu, demi meneruskan kelancaran pembangunan sepak takraw negara.

“PSM memerlukan kepimpinan baharu bagi menamatkan pelbagai kontroversi yang melanda badan induk sukan itu,” katanya kepada pemberita.

Sementara di IPOH, Presiden PERSEDAR Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang diadakan pada hari ini memutuskan penarikan diri daripada menjadi ahli gabungan PSM berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement

“PERSEDAR memandang serius keputusan yang dibuat Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berhubung penyingkiran PSM sebagai ahli gabungannya pada 20 Mei: menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Abdul Puhat berkata PERSEDAR menyokong penubuhan badan induk sepak takraw negara yang baharu, bagi memastikan kelangsungan sukan sepak takraw Malaysia pada masa akan datang.

Sebelum ini, enam badan naungan PSM – Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (PESTAK), Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) dan Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (PESTAP), mengumumkan keluar daripada badan induk sepak takraw negara itu.

Advertisement

Semalam, ASTAF menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta, selepas didapati bersalah ekoran tindakan Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail di atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 24 Feb lepas.

Tindakan itu dilihat melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

Namun, PSM diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan itu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top