BM | EN | 中文

Sarawak Consolidated Industries peroleh kontrak dianggar RM80 juta bagi projek hospital di Johor

Sarawak-Consolidated-Industries-peroleh-kontrak-dianggar-RM80-juta-bagi-projek-hospital-di-Johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) memperoleh kontrak bernilai anggaran RM80 juta bagi pemerolehan, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan peralatan perubatan di sebuah hospital pakar yang dicadangkan di Johor Bahru.

SCIB menjelaskan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada Kencana Heathcare Sdn Bhd (KHSB) itu bertempoh 10 tahun dan mungkin dilanjutkan secara bersama bagi lima tahun seterusnya.

“(Jumlah RM80 juta itu) merupakan peruntukan pembelian maksimum bagi semua peralatan yang akan dibekalkan berasaskan konsesi pajakan peralatan modal,” menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Advertisement

SCIB menambah, skop kerja tersebut meliputi penyumberan dan rundingan bagi semua peralatan perubatan berdasarkan senarai bekalan yang akan disediakan KHSB dan disahkan oleh pengendali, Institut Jantung Negara (IJN).

SCIB antara lain diminta menyediakan penyelenggaraan komprehensif selama 10 tahun bermula dari tarikh pemasangan, setuju terima pembekalan atau pentauliahan peralatan tersebut.

“Sebarang keuntungan kepada syarikat akan direalisasikan secara berperingkat sepanjang tempoh kontrak berasaskan kemajuan projek. Kontrak yang diperoleh itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan SCIB Group sepanjang tempoh kontrak: menurutnya.

Advertisement

Kontrak itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan/atau mana-mana pihak pengawal selia.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top