BM | EN | 中文

Santuni warga Ayer Hitam, sampaikan sumbangan di penghujung Ramadhan

amanah-ayer-hitam-asnaf-ramadhan.jpg

Antara warga Ayer Hitam yang menerima bantuan

Advertisement

BATU PAHAT, 22 MEI: Parti Amanah Negara (Amanah) Ayer Hitam, membuat pecutan akhir sebelum menjelang Aidil Fitri untuk memberi sumbangan kepada golongan asnaf di kawasan berkenaan.

Ketua Amanah Ayer Hitam, Mohd Jahid Zaini berkata, inisiatif tersebut dilakukan setiap tahun dengan harapan tidak ada dari golongan itu yang tercicir dari mendapat bantuan dan menyambut kedatangan hari lebaran.

“Selain memberi sumbangan kita juga mahu mengeratkan tali silaturrahim di antara masyarakat dan jentera kita di kawasan ini.

Advertisement

“Memang benar, ada di antara golongan yang tercicir dari menerima sebarang bantuan kerana kemudahan yang diperolehi mereka terhad dan tidak ada sebarang santunan dari pihak berwajib.

“Selain kita juga mengambil serta mendapatkan data-data peribadi bagi membantu mereka kelak untuk mendapatkan bantuan seterusnya secara berkala,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Jahid memberitahu terdapat pihak yang dikesan tercicir untuk mendapat bantuan pada tahun ini meningkat akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Advertisement

“Sepanjang program ini berjalan, kita mendapat maklum terdapat ramai golongan yang sebelum ini bukan diiktiraf sebagai asnaf, tetapi mengalami kesulitan dalam kehidupan kerana PKP yang dijalankan.

“Tahun ini kita banyak menjalankan program sebegini bertujuan membantu semampu kami bagi meringankan bebanan masyarakat di kawasan ini,” katanya lagi.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan edaran bantuan adalah di Kampung Seri Mendapat, Parit Semarang, Parit Bandan, Parit Syukur, Parit Haji Ghafar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang.

Advertisement

Manakala antara lokasi di DUN Yong Peng adalah di Kampung Haji Kamisan, Kampung Seri Sepakat, Kampung Seri Semangat, Parit Awang dan Taman Kota.

Turut bersama mengedarkan bantuan dalam program tersebut adalah anggota Amanah kawasan Ayer Hitam, Ketua-ketua Kampung dan sukarelawan unit Arif Nasional.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top