BM | EN | 中文

Santuni penduduk, pusat khidmat parlimen lancar ‘Kaunter Bergerak Sayangi Kluang’

kaunter-bergerak-sayangi-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 OGOS: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi melancarkan kaunter bergerak ‘Sayangi Kluang’ sebagai akses tambahan kepada masyarakat di parlimen ini untuk menyalurkan aduan.

Shu Qi berkata, melalui program itu, ia memudahkan penduduk Kluang menyalurkan suara mereka selain membuat aduan kepada petugas pusat khidmat secara langsung.

Katanya, selain itu beliau turut bekerjasama dengan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit dan Adun Mengkobil, Chew Chong Sin, dua wakil rakyat DUN dalam parlimen Kluang.

Advertisement

“Kami di Pejabat Ahli Parlimen Kluang benar-benar berharap inisiatif ini akan membenarkan kami untuk lebih faham dan tahu masalah rakyat Kluang supaya kami dapat mengambil usaha menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

“Bagi saya, tiada aduan yang patut diambil ringan walau sekecil mana pun ia.

“Saya akan pastikan setiap aduan warga Kluang didengari tanpa sebarang halangan, untuk itu saya perlukan kerjasama anda,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Advertisement

Dalam pada itu beliau memaklumkan pada 3 Ogos, hari pertama Kaunter Bergerak Sayangi Kluang dibuka di pasar malam Kampung Melayu, pihaknya mendapat maklumbalas positif dari penduduk setempat.

“Mengikut kata peniaga di Pasar malam Kampung Melayu makin ramai pelanggan yang mengunjungi pasar malam itu.

“Banyak juga gerai yang baru dibuka dan peniaga dilihat bertambah selepas PKP.

Advertisement

“Walaupun ramai orang di pasar malam ini namun setiap dari mereka patuh akan peraturan untuk sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dan menjaga penjarakan fizikal mereka,” kata Shu Qi.

Kaunter Bergerak Sayangi Kluang dijadualkan bertemu orang ramai pada 13 Ogos (Pasar Malam, Taman Seri Impian), 21 Ogos (Pasar Malam Taman Sri Kluang) dan 29 Ogos (Pasar Malam Bukit Ayam).

Kaunter akan dibuka dari jam 5.30 petang sehingga jam 7.00 malam pada tarikh tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top