BM | EN | 中文

Santuni gelandangan sekitar bandar raya Johor Bahru

pemuda-amanah-johor-santuni-gelandangan-johor-bahru-johorkini.jpg

Pemuda Parti Amanah Johor menyantuni gelandangan dalam satu program edaran bantuan di sekitar bandar raya Johor Bahru

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Atas keprihatinan terhadap nasib golongan gelandangan di sekitar bandar raya Johor Bahru, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor mengambil inisiatif untuk menyantuni golongan itu dalam satu program edaran bantuan, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pemuda Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman, pihaknya turut menyampaikan bantuan berupa makanan dan barangan keperluan harian kepada kira-kira 100 gelandangan yang tidur di sekitar kaki-kaki lima di pusat bandar raya ini.

“Program ini kita jalankan atas insiatif membantu serta mendekati golongan ini agar mereka dapat rasakan bahawa masih ada yang mengambil berat tentang diri mereka.

Advertisement

“Sambutan kepada kami sangat baik dan ramai di kalangan mereka yang sememangnya memerlukan bantuan dari segi makanan, perubatan, pakaian dan kelengkapan khusus yang lain.

Taqiuddin Cheman

“Selain itu kita juga ingin berkongsi kegembiraan dengan mereka serta bertanyakan khabar berkenaan pengalaman berhadapan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” kata Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang.

Turut sama membantu dalam program edaran sumbangan itu, adalah jentera pemuda Amanah Negeri Johor bersama-sama Parti Amanah Kawasan Johor Bahru.

Advertisement

Dalam pada itu kata Taqiuddin, pihaknya akan terus menjadi pemantau dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan pusat transit gelandangan di negeri ini.

“Saya akan memastikan usaha mewujudkan pusat transit gelandangan ini akan terus diusahakan dan pihak kami bersedia untuk menjadi pemantau berkenaan dengan proses pusat transit berkenaan.

“Kita tidak mahu kerajaan hanya merancang tanpa ada gerak kerja yang sistematik dalam membina pusat transit berkenaan.

Advertisement

“Kita juga mengharapkan kerajaan dapat mengenal pasti golongan ini serta mendapatkan data atau maklumat peribadi mereka agar pengurusan dapat dijalankan dengan sempurna pada masa akan datang,” katanya lagi.

Sebelum ini Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail berkata kerajaan negeri bercadang mewujudkan Pusat Gelandangan Transit di Johor Bahru yang berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara sebelum mereka memperolehi kehidupan lebih baik.

Katanya, golongan berkenaan akan mendapat perlindungan di pusat transit selama enam bulan sambil dibantu dari segi pekerjaan, motivasi dan profil dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top