BM | EN | 中文

Sanitasi awam telah dibuat di semua daerah di Johor

R-Vidyananthan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 APR: Operasi sanitasi awam Covid-19 telah dilaksanakan di kesemua daerah di Johor, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah melaksanakan operasi Sanitasi Awam Covid-19 di kesemua daerah di Negeri Johor dengan kerjasama SWCorp, PDRM, RELA, SWM, PBT dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

“Operasi ini dilaksanakan pada 2 April 2020 bermula jam 9.00 pagi sehingga lewat malam,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambahnya bagi mempertingkatkan pemantauan terhadap pematuhan dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar dua pasukan dari Bahagian Perisikan Pertahanan MINDEF untuk melaksanakan pemantauan dari udara dengan menggunakan dron selama dua hari bermula 3 April.

Ia bagi memastikan masyarakat setempat terus mematuhi arahan PKPD.

Dalam pada itu katanya kerajaan Johor telah mengaktifkan 14 stesen kuarantin di negeri ini bagi menempatkan pesakit Covid-19 yang memerlukan pengawasan pasukan kesihatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top