BM | EN | 中文

Sambutan Hari Wanita antarabangsa 2021 parlimen Pulai meriah

hari-wanita-parlimen-pulai-2021.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang berlangsung di Parlimen Pulai disambut meriah, bagi menghargai peranan wanita dalam kawasan parlimen itu.

Program dimulai dengan sukaneka melibatkan penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Shafar, Kampung Pasir selain menampilkan ikon-ikon wanita di kawasan Pulai yang berjasa di kawasan parlimen tersebut.

Menurut pengarah program tersebut, Norhayati Majid program yang julung kali diadakan di kawasan ini mendapat sambutan baik pelbagai pihak.

Advertisement

“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan YB (Salahuddin Ayub) yang turut hadir di sini memeriahkan lagi suasana sambutan hari wanita ini.

“Saya juga berterima kasih kepada pelbagai pihak khususnya pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim Shafar, pasukan dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP) yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.

“Kita di (parlimen) Pulai akan terus berusaha memartabatkan kaum hawa dari pelbagai sudut yang akan memberi kesan kepada masyarakat di sini,” jelasnya kepada wartawan.

Advertisement

Program yang berlangsung semalam bermula dari jam 8.00 pagi dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub

Turut diraikan ibu-ibu tunggal dalam parlimen Pulai melalui sumbangan dari PKRPP.

Turut bersama, jentera Parti Amanah Negara (Amanah) Pulai diketuai Timbalan Ketuanya Mohd Azam Harun serta Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Pulai diwakili Norhayati sendiri.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top