BM | EN | 中文

SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT JOHOR DI KLUANG, 19 OKT

SAMBUTAN-BULAN-SUKAN-NEGARA-DAN-HARI-ANESTESIA-SEDUNIA-2019-NEGERI-JOHOR.jpg
Advertisement

KLUANG, 18 OKT: Orang ramai dipelawa untuk hadir beramai-ramai bagi menyertai sambutan Bulan Sukan Negara dan Hari Anestesia Sedunia 2019 peringkat negeri Johor, esok.

Program akan berlangsung di Dataran Taman Tasik Kluang bermula dari jam 7.00 pagi dan bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Antara acara utama dalam pengisian progran ialah Fun Ride sejauh 30km, Fun Run sejauh 5km dan Fun Walk (3km).

Advertisement

Manakala program sampingan lain ialah pertandingan bola jaring, pertandingan Kabbadi, pertandingan bola keranjang 3 On 3, pertandingan bayblade dan aerobikthon terbuka.

Terdapat juga pameran dari agensi-agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma dan pertunjukan sukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top