BM | EN | 中文

Sambut Tahun Baru Cina dalam norma baru, patuhi SOP – Adun Jementah

tan-chen-choon-tahun-baru-cina-2020-adun-jementah.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 31 JAN: Rakyat Malaysia diseru untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina dalam norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 setiap masa agar kesihatan terjamin, kata Adun Jementah, Tan Chen Choon.

Katanya, dengan pematuhan SOP maka pencegahan Covid-19 akan dapat dilakukan bagi meringankan beban barisan hadapan terutamanya petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Memang tidak dinafikan pandemik Covid-19 sukar dicegah, lebih-lebih lagi kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Negeri Johor telah meningkat ke 1.04 hingga 1.1.

Advertisement

“Kes baharu Covid-19 semakin meningkat menyebabkan keadaan para petugas barisan hadapan membendung pandamik Covid-19 semakin mencabar.

“Justeru itu, rakyat harus bersama-sama mengamalkan SOP pencegahan Covid-19, berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19.

“Tunjukl semangat kerjasama antara satu sama lain dalam membendung wabak ini agar beban para petugas barisan hadapan dapat diringankan,” katanya dalan satu kenyataan.

Advertisement

Katanya, walaupun kerajaan mengumumkan PKP tidak akan dilaksanakan lagi selepas ini, namum rakyat patut mengurangkan aktiviti dan perhimpunan yang melibatkan ramai orang terutamanya pada sambutan Tahun Baru Cina.

Ujar Tan lagi, walaupun vaksin Covid-19 telah dipasarkan, namun negara masih belum memulakan suntikan vaksin Covid-19 kepada semua rakyat.

“Jadi amalan SOP pencegahan Covid-19 adalah “vaksin-19 sementara” buat masa ini.

Advertisement

“Elakkan 3C, tempat sesak, tempat tertutup dan bercakap jarak dekat serta SOP pencegahan Covid-19 dari semasa ke semasa.

“Sambutlah perayaan Tahun Baru Cina dalam norma baharu. Amalkan 3W. Cuci tangan dengan cecair pencuci atau sabun,

“Pakai pelitup muka ketika di luar dan sentiasa berwaspada dengan amaran yang diberi,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Terdahulu Tan mengagihkan 240 pek bantuan barangan Tahun Baru Cina 2021 kepada penduduk yang kurang berkemampuan dalam DUN Jementah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top