BM | EN | 中文

Sambut baik seruan MB Johor, tapi rakan beliau bertindak sebaliknya – MP Kluang

wong-shu-qi-covid-19.jpg
Advertisement

KLUANG, 12 APR: Ahli parlimen Kluang Wong Shu Qi mengalu-alukan seruan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk mengenepikan perbezaan politik bagi menghadapi krisis Covid-19 di negeri ini.

Namun katanya, inisiatif Menteri Besar Johor itu terganggu jika ada di kalangan rakan beliau yang bertindak sebaliknya dan sanggup menggadaikan kepentingan rakyat di kawasan diwakili wakil pembangkang.

“Di Johor, kami mendapat maklumat bahawa Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong telah dilantik sebagai penyelaras untuk pengagihan 1,000 beg bantuan makanan di setiap kawasan Ahli Parlimen pembangkang dalam negeri Johor.

Advertisement

“Arahan oleh Putrajaya kepada pegawai di setiap daerah diberi secara lisan dan tiada sebarang dokumen yang boleh dirujuk oleh penjawat awam.

“Ini seolah-olah ingin menyusahkan penjawat awam yang tersepit di tengah permainan politik. Ini adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan akan mengakibatkan kekeliruan.

“Yang rugi adalah orang susah yang memerlukan bantuan, serta penjawat awam yang terperangkap di tengah-tengah isu ini,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Tambah Shu Qi, sekiranya Putrajaya tiada membuat keputusan sebegini, maka Wee Ka Siong ataupun pihak JKM perlu mengeluarkan surat atau kenyataan secara rasmi memaklumkan 1,000 beg bantuan makanan akan diagihkan ahli parlimen tanpa mengira parti.

“Pendirian MB Johor menunjukkan kepimpinan yang matang, namun malang sekali rakan-rakan beliau di Putrajaya bertindak sebaliknya kerana mereka sanggup menggadaikan kepentingan rakyat di semua kawasan pembangkang,” katanya lagi.

Tambah Shu Qi, Perdana Menteri menggesa rakyat bersatu menghadapi wabak Covid-19, namun mempersoalkan mengapa ada menteri kabinet membeza-bezakan rakyat kawasan pembangkang.

Advertisement

“Oleh sebab permainan politik sebegini, maka pengagihan bantuan dan makanan di semua tempat kini tertangguh dan bantuan kepada rakyat lambat sampai.

“Saya menyeru agar pemimpin di Putrajaya membaca nukilan MB Johor dan mentauladani beliau sebagai seorang pemimpin yang matang dalam masa negara mengharungi krisis wabak Covid-19,” kata Shu Qi lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top