BM | EN | 中文

SALING PERCAYA UNTUK PUPUK PERPADUAN KAUM – ADUN MENGKIBOL

BE34F7CC-D541-42E8-9891-096C2A508DEF.jpeg
Advertisement

KLUANG, 6 SEPT: Adun Mengkibol Chew Chong Sin berkata, negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya memiliki kekuatan dan keunikan tersendiri.

Justeru itu katanya, sikap saling percaya-mempercayai adalah faktor penting untuk memupuk keharmonian di negara ini

Kata Chong Sin, ketegangan yang dibangkitkan oleh golongan ekstrem di Malaysia turut berpunca akibat kekurangan maklumat dan komunikasi.

Advertisement

“Jika sesuatu isu hanya dikaji daripada perspektif tertentu, (kita) hanya akan mendapat kesimpulan yang sempit.

“Ini juga mengakibatkan golongan lain mempunyai interpretasi dan pendapat yang tidak sama terhadap isu yang sama,” kata Chong Sin.

Beliau berkata demikian pada forum ‘Perpaduan kaum dalam Persoalan Nasional” di Pesta Seni Rakyat Kluang sempena sambutan bulan kemerdekaan anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Advertisement

Chong Sin berharap rakyat Malaysia menolak sebarang bentuk ideologi perkauman dan menentang sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang cuba memainkan isu tersebut.

“Rakyat Malaysia hidup secara harmoni dan bersatu-padu. Ini dapat dilihat daripada (perhimpunan) Reformasi sehingga perhimpunan Bersih.

“Rakyat berkumpul demi objektif yang sama tanpa mengira bangsa, saling percaya walaupun tidak mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque berpendapat, isu ketegangan kaum tidak merebak kerana keyakinan rakyat terhadap kerajaan baharu selain tindakan pantas pihak pol
is.

Namun kata Zunar, beliau masih terus menyatakan pandangannya dan memilih untuk memberi kritikan di luar sistem pentadbiran walaupun diberi banyak peluang untuk berkhidmat dalam kerajaan.

“Sokong kerajaan, ya saya sokong. Tapi bukan mengampu,” katanya.

Advertisement

Sementara itu seorang lagi ahli panel, Luthfi Yusri yang merupakan aktivis Belia Harmoni Malaysia berkata, tumpuan yang harus diberikan oleh kerajaan pada masa ini adalah bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi di kalangan rakyat.

Dalam masa sama katanya, integrasi di antara kaum perlu dilakukan pada peringkat awal terutamanya di sekolah dan universiti.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top