BM | EN | 中文

SALEHUDDIN HASSAN DILANTIK DATUK BANDAR MBIP KEDUA

IMG-20191120-WA0016.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 20 NOV : Perlantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang baharu diharap dapat memacu bandar raya itu untuk lebih maju, harmoni dan selesa buat seluruh penduduk

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Bandar MBIP yang baharu iaitu Salehuddin Hassan di atas perlantikan tersebut.

Advertisement

Beliau berkata, majlis yang diadakan itu adalah pelantikan datuk bandar kedua bagi MBIP selepas bergelar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sejak 22 November 2017 yang lalu.

“Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru dinaikkan taraf, menjadi harapan kerajaan negeri untuk melihat Iskandar Puteri untuk menjadi salah sebuah bandar raya yang unggul, mampan dan berdaya huni.

“Dengan jumlah keluasan 40,296 hektar, saya dimaklumkan jumlah pegangan berbentuk hartanah seperti rumah, kedai, kilang di kawasan MBIP adalah melebihi 200,000. Malah turut diunjurkan seramai 1 Juta penduduk akan mendiami kawasan MBIP pada tahun hadapan.

Advertisement

“Secara tidak langsung, ianya akan menuntut peranan dan tanggungjawab besar daripada Datuk Bandar khususnya bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan lebih mampan dan berbentuk holistik,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar MBIP di Dewan Serbaguna MBIP, Skudai, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin turut mengingatkan PBT memegang peranan sebagai entiti kerajaan yang penting dalam mencerminkan perkhidmatan pihak kerajaan yang memerintah negeri dan Malaysia amnya.

Advertisement

“Oleh itu, tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat merupakan amanah terbesar yang perlu digalas sebagai Datuk Bandar.

“Penyelesaian isu-isu masyarakat setempat yang merujuk kepada perkhidmatan kerajaan tempatan perlulah dijadikan keutamaan selain merancang pembangunan bandar raya itu sendiri.

“Kerajaan negeri amat mengharapkan perkhidmatan PBT kepada rakyat terus dipertingkatkan serta berdaya saing. Imej jabatan perlulah diperkasakan dengan kualiti perkhidmatan yang efisien, telus dan mesra pelanggan,” katanya.

Advertisement

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada mantan Datuk Bandar MBIP Datuk Adib Azhari Daud yang telah melaksanakan tugas dengan begitu komited dan cemerlang.

Katanya, dalam tempoh masa sejak 22 November 2017, pelbagai perubahan dan perancangan pembagunan MBIP telah dilaksanakan secara strategik dan kolektif yang melibatkan pelbagai cabang kemajuan.

“Beliau juga telah berjaya meletakkan MBIP berada pada tahap yang sangat membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah dan syabas atas pencapaian ini,”katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top