BM | EN | 中文

Salahuddin sumbang pelitup muka di lima sekolah di Simpang Jeram

salahuddin-sumbang-pelitup-muka.jpg
Advertisement

MUAR, 11 OGOS: Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan sumbangan pelitup muka ke lima sekolah di kawasan DUN Simpang Jeram melalui satu program penyerahan, baru-baru ini.

Salahuddin berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk membantu dalam usaha memberi kelengkapan kesihatan dan mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah.

Katanya, berdasarkan rekod diperolehi pejabat DUN Simpang Jeram, sekolah-sekolah tersebut antara yang paling memerlukan bekalan pelitup muka terutamanya, para pelajar.

Advertisement

“Apa yang penting adalah tahap kesihatan sektor pendidikan di kawasan ini kerana murid-murid lebih mudah terdedah dengan wabak penyakit seperti ini.

“Kita khuatir disebabkan kekurangan kelengkapan ini membuatkan murid-murid dan pihak sekolah terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit berjangkit seperti Covid-19 ini.

“Kita juga tidak mahu disebabkan kekurangan pelitup muka, ada di kalangan murid yang terpaksa membasuh pelitup muka tersebut dan dipakai berulang kali,” katanya.

Advertisement

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berpandangan, kerajaan harus memberikan penekanan yang mendalam berkenaan kelengkapan kesihatan pada sektor pendidikan.

Beliau berkata, turut menerima laporan ada di antara pelajar yang terpaksa direhatkan kerana kekurangan kelengkapan kesihatan tersebut.

“Kita tidak mahu membantutkan pelajaran murid-murid di setiap sekolah. Kerajaan perlu bertanggungjawab dengan kekurangan kelengkapan ini dan usaha untuk membantu perlu diadakan.

Advertisement

“Pendidikan adalah sektor terpenting untuk diberikan penekanan oleh kerajaan. Kerajaan kena pastikan pendidikan di negara ini tidak ketinggalan dan bekalan kelengkapan kesihatan perlu ada secukupnya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang serta pemberi maklumat yang prihatin dengan nasib murid-murid atau pelajar di kawasan DUN Simpang Jeram ini. Saya akan berusaha untuk mendapatkan pelbagai sumber bagi kelengkapan tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, Salahuddin mengagihkkan 2,000 set pelitup muka ke Sekolah Kebangsaan Bukit Batu, Bakri Batu 5, Simpang Jeram, Sungai Abong dan Parit Keroma.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top